Sunday, August 22, 2010

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


  • Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruaan. Oleh itu, guru boleh memilih ciri-ciri model yang ada ketokohan seperti dipandang tinggi, cekap, baik selaras dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di dalam kelas.
  • Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan. Guru boleh memuji pelajar yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan dan melantik pelajar sebagai ketua kumpulan. Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikut perlakuannya.
  • Menggunakan model sebenar. Contohnya guru membawa tukang kebun untuk menunjukkan cara yang betul membuat cantuman tunas. Guru model simbolik-langkah kerja. Pelajar membaca langkah 1, manakala guru akan menjelaskan langkah di samping tukang kebun membuat secara praktik.
  • Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas. Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan. Pelajar juga dapat meniru dengan cepat.
  •  Ulang dan tegaskan langkah yang penting. Beritahu sebab atau kewajarannya.
  •  Paparkan hasilan kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan merangsang pelajar lain berusaha sebagaimana pelajar berkenan. Akan timbul keinginan pelajar lain untuk hasilkan karyanya diaparkan.
  • Guru juga perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang bermutu tinggi
  •  Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model.
  •  Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

Sumber:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/.../teori-pembelajaran.ppt

Saturday, August 21, 2010

PRINSIP-PRINSIP PERLAKSANAAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL.

1.    Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial
2.    Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur

         :    Sebagai contoh : menumpukan perhatian tingkahlaku model ----mengekalkannya  dalam ingatan ---- reproduksi ---- peneguhan / motivasi

(set induksi yang menarik perhatian merupakan segala proses pembelajaran peniruan yang asas)

3.    Memupuk keupayaan mengawal dan manipulasi diri (self regulation) dengan menggunakan pemikiran refleksi diri dan maklum balas daripada model

              Sebagai contoh : jurulatih

4.    Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi (self-effiacy) dengan latihan secara sistematik daripada mudah kepada kompleks, dan demonstrasi berulang-ulang oleh gurunya (jika guru sebagai model)

5.    Memupuk konsep kendiri positif supaya murid memperolehi keyakinan terhadap reproduksi tingkahlaku yang ditiru.

       :         Cara yang berkesan ialah memberi peneguhan positif seperti galakan dan         pujian untuk membina sikap keyakinan diri.

Friday, August 20, 2010

ANALISIS SWOT

Kelebihan teori Albert Bandura
1) Teori ini lebih lengkap dibandingkan teori sebelumnya kerana ia menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif tersebut.
2) Pendekatan teori pembelajaran sosial menekankan pemerhatian dan peniruan. 

Kelemahan teori Albert  Bandura
1) Teori ini sangat sesuai jika diklsaifikasikan dalam teori bevavioris. ini kerana teknik pemodelan Albert Bandura adalah mengenai peniruan tingkah laku dan cara peniruan tersebut memerlukan  pengulangan dalam mendalami sesuatu peniruan.
2) Jika manusia hanya belajar melalui peniruan tingkah laku, sudah pasti sesetengah individu akan meniru tingkah laku yang negetif.

Friday, August 13, 2010

JENIS MODEL BANDURA


Orang yang ditiru tingkahlaku dipanggil model dan tekniknya ialah modeling. Model dapat dibahagikan kepada dua jenis (Ormrod, 2008)
1.    Model sebenar / model simbolik
·         Model sebenar merupakan tingkahlaku orang, haiwan atau objek yang ditiru
·         Maksudnya, seseorang atau sesuatu yang menunjukkan tingkahlaku tertentu
·         Sebagai contoh, Chef Wan merupakan model sebenar apabila dia menunjukkan cara memasak kepada sekumpulan pelajar kursus  memasak

2.    Model simbolik
·         Model simbolik merupakan satu  watak atau seseorang yang digambarkan melalui filem, tayangan televisyen, buku atau media lain.
·         Contohnya watak dalam cerita, tokoh sejarah yang ditonton dan didengar melalui media dan televisyen.


Sumber :
PhD, C. L. (2008). murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: kumpulan Budiman SDN. BHD.


Wednesday, August 11, 2010

JENIS-JENIS PENIRUAN


Terdapat 5 jenis peniruan yang telah dikemukakan oleh Albert  Bandura.
1.    Peniruan langsung
·         Meniru tingkahlaku yang ditunjukkan oleh model melalui proses pemerhatian.
·         Sebagai contoh, seorang individu meniru cara fesyen artis pujaannya.

2.    Peniruan tidak langsung
·          Berlaku melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.
·         Sebagai contoh, seorang individu  meniru watak yang dibaca dalam buku atau peniruan melalui  pemerhatani seorang guru yang sedang mengajar rakannya.

3.    Peniruan gabungan
·         Peniruan yang menggabungkan tingkah laku yang berlainan.
·          Melibatkan peniruan langsung dan peniruan  tidak langsung ataupun kedua-duanya.
·         Sebagai contoh, seorang pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripada buku yang dibacanya, kemudian menghasilkan sebuah lukisan yang tersendiri.

4.    Peniruan sekat laluan
·         Merupakan tingkah laku yang ditiru dan ianya hanya sesuai dilakukan untuk situasi tertentu sahaja.
·          Sebagai contoh, seorang pelajar meniru fesyen pakaian pelakon yang disanjungnya di televisyen, akan tetapi fesyen tersebut tidak boleh dipakai di sekolah.

5.    Peniruan tak sekat lakuan
·         Merupakan tingkah laku yang ditiru, dan tingkahlaku itu  boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.
·         Sebagai contoh, seorang pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

Sumber:
Sang, M. S. (2009). murid dan alam belajar. selangor: Penerbitan Multimedia SDN.BHD.
http://www.scribd.com/doc/7747475/Albert-Bandura

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN / PEMODELAN


Proses pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Proses pembelajaran melalui pemerhatian yang di kemukakan oleh Bandura berpegang kepada proses modeling. Bandura telah mengemukakan empat langkah pembelajaran melalui  pemerhatian.
1.    Pemerhatian (attention)
         Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian
         Kita akan pelajari sesuatu tingkahlaku apabila kita menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.  
         Pemerhati akan  memerhatikan perlakuan model dan proses pemerhatian ini berlaku berulang kali.
      Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah ciri model itu sendiri seperti  umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati.
      Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sering memerhatikan ibunya menyapu sampah di halaman rumah dan berkemungkinan kanak-kanak tersebut akan meniru apa yang dilakukan oleh ibunya itu.
      Bagi remaja pula,pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila mereka meniru gaya atau penampilan seseorang yang dijadikan idola dalam hidup mereka.
      Contohnya, mereka gemar meniru gaya penampilan artis-artis pujaan hati mereka.
 2.    Mengingat (retention)
    Segala yang diperhatikan melalui pemerhatian akan disimpan dalam ingatan.
    Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi.
    Kebiasaannya, segala data yang dianggap penting oleh seseorang pemerhati akan disimpan di dalam ‘long term’ dan segala maklumat yang dikira sebagai sesuatu yang tidak penting akan disimpan di dalam ‘ short term’.

3.    Produksi (production)
         Segala maklumat, tingkahlaku atau kemahiran yang disimpankan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan.
         Maknanya, pemerhati perlu berupaya untuk menghasilkan semula apa yang telah diperhatikan berdasarkan maklumat yang disimpan.
         Kecekapan mengulangi tingkahlaku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

4.    Peneguhan/Motivasi (reinforcement/motivation)
         Apabila peniruan yang dilakukan pemerhati  mendatangkan kepuasan dan mendapat peneguhan positif atau ganjaran, ianya akan mendorong pemerhati itu  mengulangi tingkahlaku yang diperhatikan tadi.
         Terdapat lima jenis peneguhan iaitu peneguhan secara langsung, peneguhan secara tidak langsung, proses elisitasi (proses yang mempengaruhi emosi dan keinginan), sekat lakuan, dan tidak sekat lakuan.
    Contoh peneguhan secara langsung misalnya, pujian
    Contoh peneguhan secara tidak langsung, misalnya melihat orang lain menerima hadiah.
    Sebaliknya, seseorang pemerhati  tidak mengulangi perlakuan yang ditiru sekiranya didenda atau ditegur.

Sumber :
PhD, C. L. (2008). murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: kumpulan Budiman SDN. BHD.
Sang, M. S. (2009). murid dan alam belajar. selangor: Penerbitan Multimedia SDN.BHD.
http://limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/2008/11/teori-pembelajaran.ppt







Sunday, August 8, 2010

BIODATA








Biodata Albert Bandura (1952 hingga kini)

Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat terkenal kerana
Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Sosial Kognitif. Bukunya yang bertajuk Adolescent Aggression (1952) dan Social Learning and Personality Development (1963) menguatkan lagi hujah-hujahnya. 




                        "Buku penulisan Albert Bandura"


Beliau juga telah melanjutkan lagi pendapatnya dengan mengemukakan Teori Perubahan Tingkah Laku dalam bukunya yang berjudul Principles of Behavior Modification(1969). Selain itu, beliau juga terkenal dengan eksperimen Anak patung Bobo yang menjelaskan lagi bagaimana proses peniruan berlaku.
 
Albert Bandura telah dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. 

Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi Profesor sepenuh masa pada tahun 1964. Beliau bertugas sebagai Profesor Psikologi di Universiti di Universiti Stanford sehingga kini (Moore, 2002). Beliau telah berkahwin dengan Virginia Varns dan mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu Carol dan Mary.

Sumber:

http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Albert_Bandura
http://www.scribd.com/doc/22149235/Bandura-Fully-Completed

Friday, August 6, 2010

SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


Apakah Teori Pembelajaran Sosial?

Teori pembelajaran sosial yang dicadangkan oleh Albert Bandura mungkin telah menjadi teori yang paling berpengaruh dalam pembelajaran dan pembangunan. Sementara itu, ianya banyak berasaskan konsep-konsep asas teori belajar tradisional, Bandura percaya bahawa penguatan langsung tidak boleh untuk semua pembelajaran.
Teorinya menambah elemen sosial, dengan alasan bahawa orang boleh mempelajari maklumat baru dan perilaku dengan melihat orang lain. Ianya dikenali sebagai belajar observasional (atau model), jenis pembelajaran ini boleh digunakan untuk menerangkan pelbagai perilaku.
Beradarkan teori pembelajaran sosial ini, Bandura berpendapat bahawa manusia belajar dari satu sama lain, melalui pemerhatian, peniruan, dan model. Teori ini sering disebut sebagai jambatan antara teori belajar behavioris dan kognitif kerana meliputi perhatian, memori, dan motivasi.
seseorang belajar melalui pengamatan perilaku orang lain, sikap, dan hasil dari perilaku. "Kebanyakan perilaku manusia dipelajari observasional melalui pemodelan: dari mengamati orang lain, satu bentuk idea tentang bagaimana perilaku baru dilakukan, dan pada kesempatan kemudian maklumat ini kod berfungsi sebagai panduan untuk bertindak." (Bandura). Sosial teori belajar menjelaskan perilaku manusia dalam hal interaksi pengaruh timbal-balik terus menerus antara kognitif, perilaku, dan persekitaran.
Konsep Dasar Belajar Sosial
             Seseorang dapat belajar melalui pemerhatian.
video


Dalam kajian terkenal "Bobo boneka", Bandura menunjukkan bahawa anak-anak belajar dan meniru perilaku yang mereka telah diamati pada orang lain.  Anak-anak dalam kajian bandura melihat melakukan kekerasan terhadap boneka Bobo. Anak-anak itu, kemudian dibenarkan untuk bermain di sebuah bilik dengan boneka Bobo, mereka meniru tindakan agresif mereka sebelum diperhatikan .
Bandura mengenalpasti tiga model asas pembelajaran observasional:
1. Model hidup, yang melibatkan seorang individu sebenarnya mendemonstrasikan atau bertindak seperti perilaku
2. Model pembelajaran verbal, yang melibatkan keterangan dan penjelasan tentang perilaku.
3. Model simbolik, yang melibatkan watak nyata atau rekaan memaparkan perilaku dalam buku-buku, filem, program televisyen, atau media online.


Sumber :


Thursday, August 5, 2010

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


                    ALBERT BANDURA (1925 hingga kini )


PENGENALAN..


Teori pembelajaran sosial ini di pelopori oleh Albert Bandura ( 1925 hingga kini ). Albert bandura terkenal kerana telah banyak membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui cara pemerhatian. Sebagai contoh, beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modelling.

Selain itu, Bandura juga mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan kedalam pengaliran darah. Oleh itu, beliau telah mengutarankan satu konsep penting yang dikenali sebagai efikasi kendiri. Berdasarkan hasil kajian tersebut, Bandura telah berjaya mengembangkan satu teori kognitif sosial mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Menurut beliau, kita adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi kendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri. Ini bermakna kita bukan organisme yang hanya bersifat reaktif terhadap faktor-faktor dalam persekitaran atau implus dalaman kita.


Sumber:-

PHD, C. L. (2008). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.