Sunday, August 8, 2010

BIODATA








Biodata Albert Bandura (1952 hingga kini)

Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat terkenal kerana
Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Sosial Kognitif. Bukunya yang bertajuk Adolescent Aggression (1952) dan Social Learning and Personality Development (1963) menguatkan lagi hujah-hujahnya. 




                        "Buku penulisan Albert Bandura"


Beliau juga telah melanjutkan lagi pendapatnya dengan mengemukakan Teori Perubahan Tingkah Laku dalam bukunya yang berjudul Principles of Behavior Modification(1969). Selain itu, beliau juga terkenal dengan eksperimen Anak patung Bobo yang menjelaskan lagi bagaimana proses peniruan berlaku.
 
Albert Bandura telah dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. 

Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi Profesor sepenuh masa pada tahun 1964. Beliau bertugas sebagai Profesor Psikologi di Universiti di Universiti Stanford sehingga kini (Moore, 2002). Beliau telah berkahwin dengan Virginia Varns dan mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu Carol dan Mary.

Sumber:

http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Albert_Bandura
http://www.scribd.com/doc/22149235/Bandura-Fully-Completed

No comments:

Post a Comment