Wednesday, August 11, 2010

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN / PEMODELAN


Proses pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Proses pembelajaran melalui pemerhatian yang di kemukakan oleh Bandura berpegang kepada proses modeling. Bandura telah mengemukakan empat langkah pembelajaran melalui  pemerhatian.
1.    Pemerhatian (attention)
         Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian
         Kita akan pelajari sesuatu tingkahlaku apabila kita menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.  
         Pemerhati akan  memerhatikan perlakuan model dan proses pemerhatian ini berlaku berulang kali.
      Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah ciri model itu sendiri seperti  umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati.
      Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sering memerhatikan ibunya menyapu sampah di halaman rumah dan berkemungkinan kanak-kanak tersebut akan meniru apa yang dilakukan oleh ibunya itu.
      Bagi remaja pula,pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila mereka meniru gaya atau penampilan seseorang yang dijadikan idola dalam hidup mereka.
      Contohnya, mereka gemar meniru gaya penampilan artis-artis pujaan hati mereka.
 2.    Mengingat (retention)
    Segala yang diperhatikan melalui pemerhatian akan disimpan dalam ingatan.
    Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi.
    Kebiasaannya, segala data yang dianggap penting oleh seseorang pemerhati akan disimpan di dalam ‘long term’ dan segala maklumat yang dikira sebagai sesuatu yang tidak penting akan disimpan di dalam ‘ short term’.

3.    Produksi (production)
         Segala maklumat, tingkahlaku atau kemahiran yang disimpankan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan.
         Maknanya, pemerhati perlu berupaya untuk menghasilkan semula apa yang telah diperhatikan berdasarkan maklumat yang disimpan.
         Kecekapan mengulangi tingkahlaku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

4.    Peneguhan/Motivasi (reinforcement/motivation)
         Apabila peniruan yang dilakukan pemerhati  mendatangkan kepuasan dan mendapat peneguhan positif atau ganjaran, ianya akan mendorong pemerhati itu  mengulangi tingkahlaku yang diperhatikan tadi.
         Terdapat lima jenis peneguhan iaitu peneguhan secara langsung, peneguhan secara tidak langsung, proses elisitasi (proses yang mempengaruhi emosi dan keinginan), sekat lakuan, dan tidak sekat lakuan.
    Contoh peneguhan secara langsung misalnya, pujian
    Contoh peneguhan secara tidak langsung, misalnya melihat orang lain menerima hadiah.
    Sebaliknya, seseorang pemerhati  tidak mengulangi perlakuan yang ditiru sekiranya didenda atau ditegur.

Sumber :
PhD, C. L. (2008). murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: kumpulan Budiman SDN. BHD.
Sang, M. S. (2009). murid dan alam belajar. selangor: Penerbitan Multimedia SDN.BHD.
http://limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/2008/11/teori-pembelajaran.ppt







No comments:

Post a Comment