Thursday, August 5, 2010

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


                    ALBERT BANDURA (1925 hingga kini )


PENGENALAN..


Teori pembelajaran sosial ini di pelopori oleh Albert Bandura ( 1925 hingga kini ). Albert bandura terkenal kerana telah banyak membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui cara pemerhatian. Sebagai contoh, beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modelling.

Selain itu, Bandura juga mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan kedalam pengaliran darah. Oleh itu, beliau telah mengutarankan satu konsep penting yang dikenali sebagai efikasi kendiri. Berdasarkan hasil kajian tersebut, Bandura telah berjaya mengembangkan satu teori kognitif sosial mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Menurut beliau, kita adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi kendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri. Ini bermakna kita bukan organisme yang hanya bersifat reaktif terhadap faktor-faktor dalam persekitaran atau implus dalaman kita.


Sumber:-

PHD, C. L. (2008). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment